
Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wudhu’ tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi, dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat.
Walaupun begitu, ia berlainan pada keadaan ketika mengambil wudhu’ atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Berdasarkan hadis Nabi SAW maksudnya: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita”. Hadis riwayat muslim (no.388)
Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ianya perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau menyejukkan badan (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Justeru itu, dalam keadaan t!dak memakai pakaian ketika berwudhu’ adalah sah tetapi tidak boleh dilakukan di tempat yang terbuka atau dilihat oleh orang lain.
Namun begitu, sebagai seorang muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib sendiri di hadapan orang lain. Walaupon wuduknya sah, akan tetapi dia tetap mendapat dosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” malu itu sebahagian daripada iman”. Hadis riwayat bukhari (no.24)
W4laupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk tetapi adalah lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Islamituindah
Leave a Reply