MUSUH JANTUNG ADALAH AIS. Adakah dakwaan ini benar? Baca selanjutnya

 

Mesti ramai orang kelirukan tentang keburukkan minum minuman air yang sejuk dan berais akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya bahagia jantung. Adakah betul dakwaan ini?

Semua dakwaan tersebut salah dan mengelirukan masyarakat Malaysia. Seperti yang dikatakan oleh seorang doktor menerusi laman twitternya, minuman berais tidak menjejaskan kesihatan tetapi kandungan gula dan kolestrol yang menyebabkan masalah kepada kesihatan.

Ais tidak akan menyebabkan kegemukan atau jantung tersumbat. Jika ais dikatakan menyebabkan lemak bergumpal, maka ia sepatutnyalemak tidak diserap diusus kecil dan terus dikumuhkan selepas makan. Hakikatnya gula dalam air yang berais akan menyebabkan gemuk yang berlebihan, bukan suhu air yang sejuk itu. Ujarnya lagi.

Manakala pembentukan plak menyebabkan salur darah menyempit. Jika saluran darah ke jantung menyempit, ia menyebabkan penyakit jantung koronari.

Jika lemak mengumpal selepas makan makanan berlemak bersama ais di salur pencernaan, lemak ini tidak akan berjaya diserap di usus kecil kerana saiznya yang besar. Hanya molekul dengan bentuk dan saiz tertentu sahaja boleh diserap oleh usus kecil.

Jika benar dakwaan ais menyebabkan makanan berlemak menggumpal, kita sepatutnya makin kurus, bukan makin gemuk. Ini kerana lemak bergumpal tidak akan berjaya melepasi usus kecil sebaliknya akan dikumuhkan melalui tinja.

Hakikatnya,ais yang bersuhu sejuk akan berubah mengikut suhu badan. Ini kerana badan kita mempunyai sistem thermoregulation yang mengawal suhu makanan dan minuman luar ke suhu badan.Sistem thermoregulation ini seperti termostat,yang akan mengawal suhu ke julat suhu yg ditetapkan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: ini sains beb, @drcheputeh

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.