‘Dah Dua Minggu Dem4m ‘On Off’, Kekasih hati Janna Nick, Dini Schatzmann ‘Tumbang’

Malam Sabtu adalah hari paling bahagia buat selebriti versatil Janna Nick selepas dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34. Kejayaan itu juga dikongsi bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann yang menemaninya selain bertindak sebagai juruvideo dan penata rias, kelmarin.

Di saat sedang meraikan kejayaan, Dini, 27, terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan semalam (Ahad) selepas mengalami dem4m panas dan j4ngkitan kum4n.

Ketika dihubungi OhBulan!, Janna menyatakan teman lelakinya itu mula berasa tidak sihat sejak dua minggu lalu.

Dini memang dah lama demam ‘on off’, sejak dua minggu lagi. Dia banyak penggambaran outdoor.. punca dia jatuh sakit sebab cuaca. Bila makan ub4t dia okey tapi bila habis ub4t dia sakit balik.

Itu yang hari ini (Ahad) dia pergi hospital untuk dapatkan raw4tan. Doktor bagi drip antib1otik dekat Dini. Dia okey, alhamdulillah.

 

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di IG story miliknya, Janna berkongsi foto memegang tangan kekasihnya di hospital.

Pada malam ABPBH34, penampilan p4sangan dua sejoli ini berjalan di karpet merah meraih perhatian netizen apabila masing-masing memakai topeng penuh.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Rata-rata pengguna Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia. Bagaimanapun, ada juga segelintir yang berpendapat pemenang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular itu kelihatan berisi dengan wajahnya seakan ‘bengk4k’.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: sinarviral, instagram @jannanick

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.