Shuib adakan majlis tahnik untuk anak bongsunya, Ayash Affan

Genap hari ke-100 pemergian isteri, pelawak dan usahawan popular Shuib Sepahtu mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarhamah Siti Sarah di sebuah dewan acara, petang semalam.

Dalam masa sama, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut melangsungkan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsunya Ayash Affan yang kini berusia tiga bulan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik arwah, dapat dilihat dewan tersebut dipenuhi dengan dekorasi bunga melur dan belon selain mini pelamin untuk sesi bergambar.

Selain itu, foto bersama tiga cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 yang berpakaian serba putih.

Difahamkan lagi, walaupon merancang bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir, Shuib berasa syukur kerana semua urusan dipermudahkan oleh setiap pihak yang terlibat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Instagram Siti Sarah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.