Tahniah! Haqiem Rusli telah sah bergelar suami

Dengan 2 kali lafaz, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli, 23 telah selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri,19.

Pada awalnya, penyanyi terkenal dilihat itu gementar sedikit pada lafaz pertama sebelum lafaz kedua berjalan dengan lancar.

Mereka juga telah dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad pada 3.40 petang di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya.

Menerusi perkongsian yang dibuat secara IG live di media sosial Haqiem, dia telah memberikan RM300 sebagai mas kahwin kepada isteri tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_)

Sebelum ini, penyanyi muda tersebut telah membuat kejutan dengan memaklumkan bakal bernikah pada 19 November 2021 ketika mengambil trofi yang dimenangi untuk kategori Penyanyi Lelaki Paling Popular Xiomi di pentas Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH34).

Hal ini membuatkan ramai pihak tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang menjadi pilihan hati penyanyi tersebut memandangkan dia mempunyai peminat yang ramai dalam kalangan remaja.

 

Difahamkan, menurut temubual bersama Kosmo! Haqiem Rusli memberikan RM100,000 sebagai hantaran kepada isteri.

Paling mencuri perhatian semestinya cincin perkahwinan yang diberikan Haqiem buat isterinya yang bertakhtakan batu berlian, Hearts of Fire iaitu berlian terbaik dunia.

Difahamkan juga, resepsi perkahwinan mereka iitu akan dilangsungkan pada hari yang sama dan pengacara TV3, Fedtri Yahya akan bertindak sebagai pembawa acara untuk majlis berkenaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: ohmymedia, Instagram Haqiemrusli98_, Twitter @fedtriyahya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.