Haqiem Rusli tidak takut populariti jatuh

BERMULA sebagai rakan perniagaan, kini menjadi teman sekatil dan sebantal. Kedengaran seperti klise tetapi bagi penyanyi Haqiem Rusli dan suri hatinya iaitu Wan Aina Sofea Wan Zamzuri, aturan tersebut terlalu indah buat mereka.

Begitulah sedikit gambaran mengenai kisah bagaimana cinta bertaut antara Haqiem dan isterinya yang lebih mesra disapa sebagai Sofea.

Tidak keterlaluan andai menggambarkan perasaan yang mengalir dalam jiwa seperti berada di awang-awangan tatkala mendengar setiap bait kata-kata tidak kiralah daripada Haqiem mahupun Sofea ketika menggambarkan keperibadian antara satu sama lain.

 

Tak takut jika populariti jatuh

Ditanya sama ada Haqiem bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila memilih untuk berkahwin ketika berada dipuncak kerjaya, dia menegaskan enggan mengambil pusing hal tersebut kerana percaya perjalanan hidup seseorang itu telah ditentukan oleh-Nya

“Bagi saya, itu bukan satu isu yang perlu dirumitkan sebab saya sentiasa percaya bahawa rezeki diberikan oleh Allah SWT.

“Siapa saya hendak menolak takdir hanya semata-mata takut populariti jatuh. Kalau boleh saya tak mahu ambil pusing apa yang orang fikir atau cakap.

“Saya hanya ikut apa yang Tuhan sudah takdirkan. Sudah tertulis takdir kami berkahwin pada 19 November dan saya sama seperti manusia lain yang punya naluri berkahwin serta inginkan pasangan hidup,” ujarnya yang mula dikenali menerusi program Idola Kecil pada 2011.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.