Majlis Perkahwinan Puteri Aishah Buat Ramai Terpegun, Peminat Gelar Wedding Of The Year – ‘Baru Betul Kalau Ini 7 Juta’

Umum tahu pelakon cantik Puteri Aishah sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, pada pagi Ahad (21 November).

Majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam di JW Marriot, Kuala Lumpur telah mencvri perhatian wargamaya. Menggunakan khidmat perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor, dewan hotel terkemuka itu dihiasi dengan tema ‘The Golden Hour’.

Wedding Of The Year.

Terkesima melihat dekorasi yang menakjubkan, rata-rata pengguna media sosial mengiktiraf majlis perkahwinan Puteri sebagai Wedding Of The Year 2021.

Selain dekorasi menjadi spotlight, ketampanan wajah suami Puteri turut menjadi bualan ramai. Ada yang berpendapat muka Firdaus seiras dengan Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen.

Kalau ini 7 juta boleh percaya.

Walaupun pelakon filem Pulang tidak mendedahkan nilai keseluruhan majlis tersebut, rata-rata netizen sepakat percaya seandainya kos itu mencecah 7 juta.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga mendapat pujian kerana tidak mended4hkan kisah percintaan mereka kepada umum.

Terdahulu, majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinarviral, Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.