Netizen Kagum Tengok Adik Usia 5 Tahun Selamba Surf Di Laut

Masa kecil dulu mesti korang selalu masukkan dalam biodata, apa hobi korang kan? Ada yang kata membaca lah, ada yang kata memasak lah…

Minat kita terhadap sesuatu benda sudah semestinya akan dipupuk sejak usia muda lagi. Sebab semasa masih kecil lah minat kita akan membuak-buak dan membuatkan kita lebih semangat untuk lakukannya.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @idrismustaffa, si comel yang baru sahaja berusia 5 tahun telah membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang untuk mendalami hobinya yang dianggap sesuai hanya untuk orang dewasa.

Adik perempuan yang dikenali sebagai Ulya itu ditemani oleh ayahnya kelihatan begitu bersahaja dan tidak takut ketika ombak datang mendekat. Malah dia berani untuk menaiki skateboard seorang diri selepas dilepaskan oleh ayahnya.

Video:

 

Disebabkan keberanian adik Ulya ini, netizen di bahagian komen rata-rata teruja dan juga kagum kerana mampu untuk melakukan aksi tersebut walaupun baru berusia 5 tahun. Lagaknya juga seperti orang yang sudah biasa melakukan sukan.

Malah turut ada yang berterima kasih kepada ayah Ulya kerana telah memberi pended4han tentang sukan surfing sejak usia muda dan menyokong sepenuhnya minat adik comel itu untuk terus bermain tanpa rasa takut.

Komen Netizen:

Hebat betul adik Ulya ni. Semoga minat dalam bidang tersebut berterusan sehingga dewasa kerana bakat yang dah diasah sememangnya boleh pergi jauh. Mana tahu boleh jadi atlet surfing negara pula nanti kan? Amin…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lobak Merah, Tiktok @idrismustaffa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.