Netizen terhibur dengan perkongsian cara sebenar pukul nyamuk

Nyamuk tergolong dalam kategori serangga dari keluarga Culicidae yang difahamkan mempunyai sehingga 3,500 spesies dan sebenarnya terjemahan namanya dalam bahasa Inggeris, mosquito adalah berasal daripada campuran perkataan Sepanyol dan Portugis yang bermaksud ‘lalat kecil’.

Namun, perlu diketahui yang sebenarnya hanya nyamuk betina sahaja akan menghisap darah dan diet utamanya sebenarnya adalah madu dan jus buah. Ini kerana, nyamuk betina memerlukan sumber protein untuk menghasilkan telur dan sumber protein ini tidak terdapat pada madu mahupun jus buah.

Cerita pasal gigitan nyamuk ni, sebuah akaun TikTok dari Indonesia, NadivitTV telah berkongsi ‘tips’ yang menarik perhatian ramai iaitu cara menepuk nyamuk dengan betul.

Ya, pada awalnya, min sendiri baca dua tiga kali ingatkan tersilap tulis, tetapi selepas mendengar penjelasan dan perkongsian yang dibuat dalam kandungan berkenaan, ternyata mereka benar-benar kongsikan cara yang betul untuk membunuh atau memukul nyamuk.

Video:

Menurut perkongsian tersebut, dikatakan bahawa teknik tepukan (seperti menepuk tangan) yang sering digunakan ramai untuk mematikan nyamuk adalah kurang tepat. Ini kerana, ia hanya berkesan sebanyak 50% walaupun pergerakan atau tepukan tersebut sangat laju.

Menurut penjelasan lanjut, pergerakan menepuk tangan tersebut akan menghasilkan tekanan udara ke atas, ini secara tidak langsung akan ‘membantu’ nyamuk untuk terbang lebih cepat ke atas dan akhirnya terselamat dari ‘pukulan maut’.

Namun, menerusi video berkenaan, turut dikongsikan juga cara untuk menepuk nyamuk dengan lebih tepat dan betul iaitu tengan menepuknya dari atas ke bawah.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.