
Haiw4n merupakan makhluk yang mempunyai nalur1 yang sangat kuat dan ini dibuktikan dengan beberapa kelakuan atau tingkah laku semulajadi sesetengah spesis sebagai contoh kebolehan membina sarang pada labah-labah, burung dan lain-lain.
Menurut kajian saintifik, kebanyakan haiwan sebenarnya sangat pintar dan mempunyai naluri yang sangat kuat dan difahamkan, seekor anjing mampu mengesan penyakit seperti kanser, diabetis dan memberi amaran kepada manusia sekiranya perkara yang buruk akan berlaku.
Itulah yang terjadi kepada seorang personaliti YouTube, Sam Pepper baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Instagram dan menerusi video pendek tersebut, kelihatan dia sedang menghabiskan masa berjalan dengan anjing perliharaannya yang menunjukkan tingkah laku yang sangat meragukan.
View this post on Instagram
Kelihatan anjingnya berhenti di setiap beberapa langkah dan seakan-akan memerhatikan sesuatu dan perkara ini turut disedari oleh Sam. Tanpa mengetahui apa yang mengekorinya, dia tanpa berfikir panjang meneruskan perjalanan.
“Ada sesuatu yang ikut ni”
Selang beberapa langkah lagi, anjingnya masih menunjukkan kerenah yang sama selain menunjukkan reaksi yang menunjukkan ia sedang teruja dan bersedia untuk ‘menghadapi’ sesuatu dan seakan-akan ingin memasuki kawasan gelap yang kelihatan seakan-akan semak tersebut.
Namun, tanpa disangka-sangka seekor singa yang bersaiz kecil keluar dari kawasan gelap tersebut dan menerpa ke arah Sam dan anjingnya tersebut.
Perkongsian Sam tersebut pada awalnya telah dikongsikan di TikTok dan mendapat 16 juta tontonan selain menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang ternyata terkejut dengan kejadian tersebut.
Menerusi ruangan komen juga, ramai turut kongsikan tips yang melibatkan naluri anjing yang berlaku kepada diri masing-masing.
Fuh, nasib baik anjing dia bagi ‘warning’ sesiap…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Lobak Merah
Leave a Reply