Bermula Hari Ini JPJ Buat ‘Roadblock’ Seluruh Negara Untuk Periksa Road Tax

Confirm masih ramai lagi yang tak renew road tax lagi kan? Haa…

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, mereka akan mula melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara mulai hari ini, 24 November bagi memantau individu yang gagal memperbaharui cukai jalan.

Menurut Awani, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pemantauan dan penguatkuasaan ini akan dijalankan melalui sekatan jalan raya yang akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Pengguna jalan raya yang tak ada insuran kereta hanya akan menyusahkan diri sendiri sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kenderaan di atas jalan.”

Tambahnya lagi, jika pengguna jalan didapati tak mempunyai perlindungan insuran, mereka akan ditahan di sekatan jalan raya yang dibuat dan tindakan akan diambil di bawah Seksyen 90 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan bersalah, akan didenda tak lebih dari RM1,000 dan lesen memandu boleh digantung selama 12 bulan.

Bukan itu sahaja, Zailani turut berkata pihak JPJ jugakan akan menyediakan kemudahan Mobile JPJ bertujuan untuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia secara terus.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.