“Idris Ali Shah, 22/11/2021..” – Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Usahawan fesyen dan personaliti media sosial Datin Vivy Yusof menyambut kelahiran anak keempatnya, seorang bayi lelaki pada dua hari lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, berkongsi foto terbaharu anaknya yang diberi nama Idris Ali Shah untuk tatapan umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

“Idris Ali Shah, 22/11/2021 #alhamdulillah,” tulis Vivy ringkas di ruangan komen.

Tidak hanya itu, Vivy turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Idris yang kini masih berada di hospital sebelum dibenarkan pulang tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Vivy sekeluarga beserta doa yang baik-baik untuk Idris.

“Alhamdulillah, masya-Allah, welcome to the world,” komen Betty Rahmad.“Congratulations. Hi Idris,” tulis Daphne Iking.

“Barakallahulakuma, semoga baby boy Idris membesar sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy, amin.

Sedap nama baby boy,” kata seorang wargamaya. “Alhamdulillah so happy for you and your fam. Speedy recovery,” ujar seorang wargamaya.

Masya-Allah finally Fadza’s face. May Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 152,000 tanda suka daripada pengikutnya. Imbas kembali, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.