Oleh kerana menghidap masalah anxiety atau kebimbangan melampau, penyanyi rock Ella mendedahkan dia pernah hilang semangat dan tiba-tiba tiada mood untuk membuat persembahan
Menurut penyanyi itu lagi, dia sudah lama berhadapan dengan penyakit itu, namun keadaan menjadi lebih teruk sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini.
“Suatu ketika dahulu, saya pernah melalui anx1ety yang teruk dan hanya keluarga tahu mengenai keadaan saya ini, tapi masalah anx1ety yang saya alami tidaklah teruk sangat sampai nak mencederakan diri.
“ianya masih lagi dapat dikawal. Antara kesan yang saya hadapi, tangan saya akan cepat berpeluh, malah pernah juga rasa tiba-tiba tidak ada mood nak buat persembahan ketika show hampir berlangsung.
“Semasa negara berdepan dengan pandemik, sejujurnya saya menghaapi tekanan itu. Katanya.
Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53 berkata dia berjumpa dengan doktor dan mendapatkan makanan tambahan bagi mengawal masalah itu.
“Alhamdulillah, sekarang ini masalah yang saya alami sudah dapat dikawal sepenuhnya dengan pengambilan makanan tambahan.
“Saya menasihatkan kepada mereka di luar sana untuk bersifat terbuka mengenai masalah yang mereka alami, jangan anggap ianya boleh diatasi sendiri kerana kesihatan mental bukan perkara main-main.
“Jangan malu atau rasa kita yang salah, saya sendiri sedia membuat pengakuan terbuka sebegini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab membantu insan lain,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: mstar
Leave a Reply