Remaja Lumpuh Sejak Kecil,Terharu KTM Tunai Impian Naik Kereta Api

Ketika ada di antara kita yang menaiki kereta api sebagai medium untuk bergerak ke mana-mana setiap hari, ada juga yang tidak berkongsi nasib yang baik seperti kita semua.

Inilah yang berlaku kepada remaja berusia 17 tahun, Aziana Shaari yang mengalami kelumpuhan pada bahagian bawah badannya. Remaja ini dikatakan telah lama menyimpan impian untuk menaiki tren, namun keadaannya telah membataskan hasrat itu.

Walau bagaimanapun, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini telah merealisasikan impian remaja tersebut dengan membawanya menaiki komuter dari Sungai Petani ke Butterworth.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Aziana dikatakan terharu kerana hasratnya terlunas setelah sekian lama. Sejak kecil lagi, remaja itu gemar melihat kereta api yang melalui landasan berdekatan rumahnya.

“Setiap kali kereta api lalu, mesti dengar dan nampak tetapi belum pernah naik. Ini kali pertama dibawa naik, rasa seronok sangat”

Ibu Aziana, iaitu Fatimah Hashim turut menyatakan rasa terharunya dan bersyukur kerana hasrat anaknya itu ditunaikan oleh pihak KTMB.

“Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan gembira. Pagi-pagi lagi Aziana sudah siap tak sabar untuk menaiki kereta api. Sebelum ini, setiap kali Aziana nak tengok kereta api, saya akan tolak dia ke luar rumah. Tapi hari ini dia dapat naik. Alhamdulillah.”

Impian Aziana disambut baik oleh pihak KTMB yang turut menyediakan banner khas sempena kedatangannya.

Mereka turut disertai maskot KTM, Komi dan maskot ETS, Kapten EJ. Untuk tujuan keselamatan, dua kakitangan paramedik turut menyertai perjalanan mereka.

Aziana dikatakan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah akibat runtuhan di belakang rumahnya, bertempat di Pinang Tunggal, Seberang Perai. Gadis itu turut mengalami masalah pendengaran dan kerosakan paru-paru, buah pinggang serta pundi kencing.

Heartwarming betul, kan? Tahniah pihak KTMB atas usaha murni ini!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lobak Merah dan Facebook KTMB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.