Ibu tunggal berputih mata, jadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud

Seorang ibu tunggal kerugian RM17,800 selapas menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud. Ketua Polis Daereh Jempol, Superintendan Hoo Chan Hook berkata, mangsa berusia 28 yang menjalankan perniagaan dalam talian ternampak iklan pinjaman peribadi menerusi sebuah syarikat ketika melayari Facebook di rumahnya padao 10.30 pagi, Khamis lalu

Katanya, mangsa berminat membuat pinjaman berjumlah RM10,000 sebelum menekan pautan yang diberikan.

“Beberapa minit kemudian, mangsa menerima satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan dimaklumkan perlu membayar RM1,000 bagi urusan pinjaman.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran secara dalam talian ke dalam akaun bank milik seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hoo berkata, mangsa kemudian diminta memasukkan RM2,000 lagi bagi urusan insuran dan mangsa turut membuat pembayaran ke dalam akaun bank atas nama lelaki lain.

Bagaimanapun, katanya, dia sekali lagi diminta membuat pembayaran RM2,800 ke dalam akaun sama.

“Mangsa belum menyedari menjadi mangsa penipuan dan sekali lagi diminta membayar RM4,000 selepas dimaklumkan sistem yang memproses pinjaman mangsa mempunyai masalah.

“Suspek yang seronok selepas menyedari mangsa mudah ditipu sekali diminta membuat pembayaran dan mangsa melakukan dua kali pembayaran membabitkan jumlah RM8,000,” katanya.

Bagaimanapun, Hoo berkata, permintaan suspek meminta bayaran sebanyak RM5,000 bagi urusan cukai pendapatan tidak dilayan selepas menyedari menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bahau dan kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.