9 Ogos menjadi tarikh yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan Shuib tatkala isteri yang dikasih, penyanyi Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap ilahi buat selamanya. Patinya kehilangan tersebut meninggalkan kenangan yang teramat sukar unuk dilalui.
Terbaru, Shuib, 37, berkongsi rakaman perbualan terakhir bersama Allahyarham Siti Sarah sebelum dia ditidurkan pada 6 Ogos lalu menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di Youtube.
Video:
Memori paling berharga, Allahyarham Siti Sarah sempat memohon maaf atas kesilapannya serta mengungkap rasa sayang kepada suami tersayang.
Dalam rakaman tersebut, Shuib juga meminta Allahyarham Siti Sarah untuk kuatkan diri ‘berlawan’ dengan penyakit itu.
Pemilik nama Shahmira Muhamad berkata lagu hasil ciptaan oleh Aidit Alfian merupakan rakaman nyanyian semasa Allahyarham Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di Matic, Kuala Lumpur, pada tahun 2018.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang anak itu akui momen memujuk Allahyarham Siti Sarah untuk ‘ditidurkan’ adalah tugasan paling sukar dalam kehidupannya
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia tiga bulan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Ohbulan
Leave a Reply