Konvoi Perodua Aruz buat pengguna jalan raya geram

Aktiviti konvoi motosikal atau kereta sering dilakukan terutamanya pada hujung minggu. Tidak dapat dinafikan memang mereka yang menyertai konvoi tersebut akan berasa gembiraa kerana dapat berkumpul bersama-sama menuju ke sesuatu destinasi.

Walaupun tidak semua yang melanggar peraturan jalan raya, namun ada segelintir kumpulan konvoi ini membuat jalan yang mereka lalui itu seperti milik mereka sendiri.

Hal tersebut samalah seperti dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @nidaasifa apabila menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu-pemandu kereta Perodua Aruz yang mengikuti konvoi diawal pagi melalui jalan yang sama digunakan oleh wanita itu.

Menurutnya, pemandu-pemandu yang menyertai konvoi tersebut telah duduk di lane kanan lebuh raya dan pastinya ia akan menyukarkan kereta lain untuk memotong di bahagian tersebut.

Lebih menjengkelkan kereta-kereta tersebut dipandu dalam kadar perlahan sehingga pemandu kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan juga dan boleh mengakibatkan berlaku kesesakan di awal pagi.

Tambah pengguna Twitter itu lagi, bukan dia sahaja yang berasa geram tetapi pemandu yang dihadapannya juga merasai perkara sama kerana tidak lepas untuk memotong kerana konvoi kereta Perodua Aruz bergerak dalam kumpulan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, wanita itu meminta agar sesiapa yang mengenali pemandu-pemandu yang mengikuti konvoi tersebut supaya lebih bertimbang rasa dengan pengguna lebih raya yang lain kerana bukan semua memandu untuk bersenang-senang seperti mereka.

Ia bukan hanya menjadi punca masalah kesesakan jalan raya terjadi tetapi turut mengundang amarah orang ramai seperti yang dilihat diruangan komen pengguna Twitter itu.

Komen Netizen:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: ohmymedia dan Twitter @nidaasifa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.