Tetap mencuri walaupun dah ditegur

Tindakan seorang lelaki yang bersahaja mencuri tiang besi milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi, di sini, meskipun sudah ditegur dan dirakam orang awam sehingga video itu tular dan mengundang padah apabila diberkas polis, semalam.

Video:

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan, suspek berusia 41 tahun itu diberkas sekitar 12.15 pagi bersama barangan yang dicuri di sebuah bangunan kosong di Manjoi.

Beliau berkata, tangkapan dibuat berdasarkan laporan yang dibuat oleh orang awam 9.16 malam semalam di Balai Polis Jelapang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau atas pelbagai kesalahan terutama dadah, melakukan perbuatan itu di sekitar Manjoi dan Jelapang.

“Saringan air kencing turut mendapati suspek positif morfin. Kini suspek dalam tahanan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dua rakaman video seorang lelaki dipercayai mencuri tiang besi milik TM di Manjoi tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, individu yang merakam ‘gelagat’ lelaki terbabit menegur tindakannya namun lelaki berkenaan tidak mengendahkan teguran itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.