Sebagai pengguna yang bijak disarankan membuat perbandingan harga serta membuat pilihan premis yang meletakkan tanda harga jelas dengan menawarkan harga dan perkhidmatan ang berpatutan.
Kata pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, Kuasa pengguna adalah langkah pencegahan terbaik sebelum pengguna terkeliru atau dimanipulasikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, pihak KPDNHEP mengambil maklum berhubung isu kenaikan harga barang yang dilaporkan di media arus perdana dan media sosial.
“KPDNHEP sentiasa melakukan penguatkuasaan serta pemeriksaan untuk menangani isu kenaikan harga barang yang dilaporkan melalui pelbagai pendekatan berterusan dan agresif antaranya melalui pelaksanaan Ops Menu di seleuruh negara.
“Tujuan pelaksaan Ops Menu adalah bertujuan bagi memantau dan menangani isu harga makanan bermasak mulai 6 Nov 2021 yang lalu,” katanya pada sidang media selepas Ops Menu di beberapa premis restoran ikan bakar di Bangi malam tadi
Azman berkata, dalam Ops ini setakat petang semalam, sebanyak 3,770 pemeriksaan dilakukan dan daripada jumlah itu, sebanyak 27 tindakan kes diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan.
“Kementerian juga akan terus melaksanakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) serta agensi di bawahnya serta pemain industri berkaitan untuk mencari kaedah terbaik bagi menyekat kenaikan harga secara mendadak di pasaran.
“Kementerian akan menggunakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dalam situasi semasa ini dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut) sehingga menyebabkan kenaikan harga yang melampau di pasaran,” katanya.
Beliau berkata, pengguna juga dinasihatkan untuk menyalurkan aduan yang lengkap termasuk bukti seperti resit, gambar dan alamat lengkap premis secara terus kepada KPDNHEP tanpa melalui saluran media arus perdana dan media sosial supaya tindakan dapat diambil secara cepat dan efektif.
“Mengenai operasi malam ini (semalam) kita dapati peniaga restoran ini mempunyai sistem yang baik dan mempamerkan tanda harga dengan jelas,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: HM
Leave a Reply