Aks1 Lincąh! Mantąp Wajah ‘hensem’ Kevin Ray Penjaga Gol Kl City Jadi Idaman Para Gadis

Setelah lama tidak beraksi di padang, keriuhan bersorak melihat perlawanan yang cukup beraksi telah menjadi satu adat peminat bola sepak.

Strategi Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim ( JDT) ternyata membuahkan hasil. Selepas 32 tahun ‘merantau’ Piala Malaysia 2021 kali ini Kuala Lumpur City telah kembali ke Ibu Kota apabila berjaya mengalahkan  pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan 2-0

Kemenangan itu juga cukup bermakna buat skuad The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim hadapan.

Sepanjang perlawanan akhir tersebut berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Mendoza ternyata mencvri tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, ketangkasan Mendoza juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan.

Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol.

Namun, menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok @nyominyoms,pemain berusia 27 tahun itu sudah pun mempunyai pasangan. Paras rupa yang begitu tampan membuatkan ramai yang terj4tuh hati.

@nyominyoms Hari hari rancak, mendozaaa 🔥 MOTM 🏆 #kevinmendoza #klcity #pialamalaysia2021 #fyp #fypシ #bolasepak ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Untuk pengetahuan korang, nama penuh Mendoza ialah Kevin Ray Mendoza Hansen. Mendoza berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994. Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! Mendoza dipercayai sudah mempunyai isteri iaitu Nadia Baekgaard. Nadia merupakan warganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Bækgaard (@nadiabaekgaard)

Di ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dan mengusik Mendoza. Menurut netizen, Mendoza seorang wira pada aksi final Piala Malaysia semalam. Pada masa yang sama, ramai gadis meluahkan rasa kecewa sebaik sahaja mengetahui Mendoza sudah mempunyai isteri.

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Ohbulan dan TehTarikKaw.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.