Pantun JDT Sanusi mencuri tumpuan

Menteri Besar Kedah dan Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi mencuri tumpuan apabila video pantunnya tentang kekalahan Johor Darul Takzim (JDT) dalam final Piala Malaysia tular di media sosial.

Dalam video pendek tujuh saat itu yang telah dimuat naik menerusi laman sosial Twitter @nocontextbolamy, Muhammad Sanusi secara seloroh berpantun mengenai kekalahan 2-0 JDT kepada Kuala Lumpur City (KL City) malam tadi.

Video:

“Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa khabar gembira, JDT kalah lawan bola.”

Pantun tersebut mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir pada Majlis Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah beserta Delegasi Kerajaan Negeri Kedah (MESRA ’21).

Majlis MESRA’21 turut disiarkan secara langsung dan dikongsi di Faceook Muhammad Sanusi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.