“Allah Answered My Prayer,” – Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami

Selepas kembali ke pangkuan suami, pelakon Nynaa Harizal telah memuat naik hantaran foto perkahwinan mereka sambil melu4hkan rasa syukur.

Menerusi ruangan kapsyen, Nynaa berkata perasaan gembiranya kini tidak tergambar dengan kata-kata apabila kembali ke pangkuan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas.

Katanya hanya m4ut yang dapat memisahkan dia dan suami selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong. Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband . @fahmiilyas Till de4th do us apart,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Nynaa kerana berjaya menyelesaikan k0nfl1k rumah tangga mereka secara baik.

Pada Rabu lalu, Nynaa dan suami hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama-sama sebutan kes tuntutan nusyvz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu terhadap Nynaa.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Fahmi Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan, hubungan suami isteri tersebut telah berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyvz dalam ikatan perkahwinan mereka.

Selain itu, Nynaa dan Fahmi juga berjanji akan menjelaskan secara lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah tangga mereka dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Terdahulu, k0nfl1k rumah tangga pelakon drama Kekasih P4ksa Rela itu tercetus apabila dia did4kwa telah dicvlik ahli keluarganya sendiri.

Suami Nynaa kemudiannya telah membuat laporan p0lis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyvz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.

Setelah itu, Nynaa pula memfailkan permohonan c3rai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru pada 10 November lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.

Komen netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:  Sinar Viral Network dan Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.