“Mog4 jod0h kami diberk4ti”- Nora

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, penyanyi bersuara gemersik, Datuk Nora Ariffin, 48, menges4hkan sudah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.

Berita gembira itu dik0ngsi menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arw4h suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” de.dah Nora menerusi hantaran dimvat naik, beberapa jam lalu.

Melalui hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini mem0hon maaf kerana tidak mengheb4hkan awal berita gembira itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

;

“Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berk0ngsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan,” luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Mengharapkan keberkatan di sebalik keputusan dibuat, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.

“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.

“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.

Seperti yang dipetik menerusi BH Online, Nora mengak.ui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya.

Nora terbuka hati menerima lamaran Dr Rushdi yang prihatin dan mengambil berat mengenainya dan anak-anak. - Foto Nora Ariffin

Menurutnya, Dr Rushdi ada insan pertama melamar dan membantu dirinya dan anak-anak saat mereka berdepan tek4nan.

Suaminya juga mengajar erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan.

Nora turut menyifatkan perkahwinan keduanya itu juga adalah takdir sudah tertulis buat mereka.

“Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami.

“Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati,” ujar penyanyi ini lagi.

Sebelum ini, Nora pernah dik4itkan dengan da.kwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri K0munikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Namun, ia din4fikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tvlar dalam media s0sial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan dida.kwa milik mereka.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Arwah Johan meniggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat seragan jantung. Dan selepas itu,pada 13 Disember 2019, Nora diuj.i sekali lagi dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Dah Tau Ker dan BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.