“Nak Sangat Anak Ramai Kan, Saja Bvli Dia Jaga Supaya Setuju ‘Tutup Kilang’,” – Lain Macam Ucapan Birthday Wawa Zainal Buat Aeril Zafrel!

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal memberikan dedikasi bersempena hari jadi suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel dengan cara tersendiri.

Kali ini, Wawa yang merakam ‘keletihan’ suaminya yang sedang dukung sambil menyusukan anak keempat mereka dengan botol susu sebagai ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran aktor itu yang genap 33 tahun usianya.

Seloroh Wawa menerusi Instagram, ia dibuat agar Aeril  yang genap usianya 33 tahun semalam bersetuju dengan hasratnya untuk ‘tutup kilang’ selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Happy birthday my love. Nah hadiah hari jadimu, kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saje bvli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang.
“I love u @aeril_zafrel, suami terbaik & ayah yang terbaik untuk anak-anak. Begini la nanti setiap tahun, 3 hari berturut-turut posting pasal birthday je.
“Korang rasa berapakah umur Aeril?,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.

Gurauan Wawa itu nyata mendapat perhatian wargamaya dan hingga kini, video pendek tersebut sudah pun ditonton lebih 800,000 kali bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Anak keempat mereka selamat dilahirkan pada 30 November lalu.

Komen Netizen:

 

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinarviral dan MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.