‘Hati-Hati Pakai Tudung Fazura, Teng0k Kiri Kanan’

Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai, Nur Fazura melakukan ‘terjahan’ secara rawak terhadap seorang peminatnya menjadi tular dalam aplikasi berkenaan.

Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengejutkan seorang peminat dengan mengajaknya merakamkan foto selfie bersama.

“Faz selalu kalau nampak orang pakai tudung Faz, selalunya akan buat terjahan tapi tak tahulah dia kenal Fazura ke tidak.

Video:

“Asssalamualaikum, ambil gambar sama-sama boleh? Terima kasih pakai tudung saya,” ucap ibu kepada Nur Fatima Aisya itu dalam satu video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, @fazurafave.

Dalam pada itu, individu di sebalik akaun tersebut menulis: “Hati-hati bila pakai tudung Fazura! Kena tengok kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba.. Faz sendiri yang ajak selfie kan?.”

Selalunya, peminat yang teruja untuk merakamkan gambar bersama selebriti kesayangan mereka dan dalam situasi ini, perkara seperti terbalik dan membuatkan ramai yang terus jatuh hati dengan keperibadian pelakon itu.

Tidak terhenti hanya di TikTok, video berkenaan turut dibawa ke Twitter selepas ditonton hampir sejuta kali dalam aplikasi tersebut.

“Thank you pakai tudung saya (ucapan Nur Fazura dalam video). The level of appreciation,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter berjantina lelaki memuat naik satu ciapan menggeletek hari berbunyi: “Esok aku beli dan pakai, kemudian jalan-jalan di sana dengan harapan dapat selfie dengan Fazura.”

Komen Netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.