Dulu nak ‘wedding’ atas kap4l, tapi kini Uyaina Arshad hanya mahu majlis kahwin ‘simple’

TAHUN ini ramai selebriti tanah air memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing.

Salah satu pasangan selebriti yang dinanti-nantikan oleh peminat yang bakal mendirikan rumah tangga ialah pelakon Uyaina Arshad dan Raja Syahiran.

 

Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari bahagia mereka, namun masih belum mempunyai tarikh muktamad.

“Saya happy bila tengok ramai kawan dah dirikan rumah tangga mungkin sebab dah tangguh kerana lockdown dan PKP… begitu juga kami sedang menuju ke arah menghalalkan hubungan.

uyaina 3

Uyaina mahukan majlis ringkas tapi intim.

“Persiapan itu ada, lagi-lagi pula ia melibatkan keluarga dan mereka tahu kita sedang berkawan tapi tarikh spesifik masih lagi pilih-pilih sebab kami nak tengok situasi semasa dulu.

“InsyaAllah nanti dah tentu tarikh dan ada perancangan barulah kita akan beritahu sebab sekarang ini kita perlu mengambil kira beberapa faktor,” katanya kepada mStar.

Saya tak mahu terlalu bermajlis… cukup yang ringkas sahaja, lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya!

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Bercakap mengenai perancangan majlis perkahwinannya kelak, Uyaina berkata dia hanya mahukan sebuah majlis ringkas dan intim untuk diraikan bersama tetamu jemputan.

“Kalau dulu orang tanya apa wedding idaman, saya kata mahu kahwin atas kapal… benda-benda yang extravagant tapi bila dah semakin matang ni rasa nak simple sahaja, intimate.

uyaina 2

Uyaina masih cari tarikh sesuai untuk kahwin.

“Saya tak mahu terlalu bermajlis… cukup yang ringkas sahaja, lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya.

“Risau juga dalam keadaan sekarang ni kes Cov1d-19 masih tinggi, kita tak tahu lagi macam mana… apa-apa berita baik nanti pasti saya akan kongsikan” ujarnya pelakon filem Siapa Tutup Lampu ini.

 

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.