Alhamdulillah, Hafiz Mahamad taja 100 tiket penerbangan balik kampung Sabah/Sarawak

Selepas kebenaran untuk merentas negeri yang diumumkankira-kira 2 bulan lalu, ramai yang telah mengambil peluang untuk pulang ke kampung selepas lama tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Namun, ada juga yang hanya mampu menahan rasa rindu tidak dapat pulang ke desa tercinta atas beberapa kekangan seperti ketiadaan biaya. Jadi, seorang usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah tampil untuk menaja tiket penerbangan kepada 100  orang yang bertuah bagi pulang ke kampung Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dalam kapsyen yang disertakan Hafiz, dia memaklumkan ada diantara mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak itu sudah 7 tahun tidak pulang ke kampung halaman kerana harga tiket yang mahal.

Ada juga antara mereka terkesan dengan pandemik apabila gaji biasa diterima sebelum pendemik mencecah RM5,000 menurun sehingga hanya RM1,000 sebulan.

 

Selain daripada berkongsi kisah sebak tersebut, usahawan berkenaan juga menjelaskan biaya tiket-tiket tersebut diperolehi daripada untung perniagaanya dan juga hasil sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Sahabat Aina Malaysia.

“Happy saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60K hasil jualan perniagaan dan RM10K dari sumbangan awak ke dalam pertubuhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua.”  Tulisnya di ruangan kapsyen

Pastinya inisiatif murni yang dibuat Hafiz ini mampu memberikan sedikit senyuman kepada mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman disebabkan kesulitan yang mereka hadapi sebelum ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.