Dengan dua kali lafaz, Kamal Adli dan Uqasha Senrose selamat bergelar suami isteri

Dalam diam-diam, pelakon Kamal Adli selamat mendirikan rumah tangga dengan tunangnya Uqasha Senrose dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup pada 5 November lalu.

Memetik laporan Astro Gempak, Kamal dengan dua kali lafaz dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Nik Sen Mat Ripin sekitar jam 9.39 pagi.

Difahamkan, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 selain memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh juga daripada pihak pengantin perempuan.

Sama cantik sama padan dengan mengenakan persalinan rekaan Shanell Harun, pasangan itu turut diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat sambil disaksikan oleh para tetamu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A M A L X U Q A S H A (@kashalover.ka_us)

Malah, pasangan merpati dua sejoli berkenaan juga tampil dengan busana tradisional kain songket berona biru hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu sebelum merancang bagi mengadakan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Ohmymedia dan Instagram KAMALXUQASHA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.