“Saya tak sangka ramai yang sedih.. Segan nak sebut, tapi masa rehearsal…” – Bell Ngasri

Pelakon dan pelawak terkenal Bell Ngasri, 41 mengakui segan untuk berdialog mengenai ‘tidak pernah menerima sebarang anugerah sepanjang pembabitannya dalam dunia seni kerana bimbang dianggap meraih simpati.

Bell berkata, semuanya terjadi apabila dia menyebut tentang perkara itu ketika sesi latihan bersama kumpulan Tobat (Ajak dan Ropie) dengan tujuan bergurau.

“Masa rehearsal itu saya ‘ad-lip’ la part tu. Tujuan hanya nak bergurau dengan Ajak dan Ropie. Tiba-tiba dorang ‘lock’ dialog tu dan suruh saya bawa ke pentas suku akhir MLM 2021, Jumaat lepas.

“Saya segan sebab nanti takut orang lain kata saya hanya nak raih undi simpati atau dahagakan perhatian.. Saya dah ‘try’ untuk buat ‘plot twist’ tapi dorang (Ajak dan ROpie) kata jangan.

Tambah Bell, dia sama sekali tidak menyangka dialog itu telah menjadi tular dan membuat ramai tersentuh.

“Saya sikit pun tidak sangka dialog sketsa itu akan menjadi tular. Sebelum masuk ke pentas pada malam suku akhir itu, saya tanya lagi kat Ajak.. 0kay ke kalau saya cakap  macam itu?

“Ajak kata okay. Saya melangkah masuk tapi hati masa tu berbelah bahagi. Saya jadi tidak ‘confident’. Sebelum ini pun ramai je yang kecam dan kata saya tidak kelakar, menumpang pelawak-pelawak di MLM saja, tapi perasaan malam itu lain.

“Tapi memang betul, saya hanya berkongsi tuah mereka di MLM 2021 perjalanan saya lebih dan paling jauh walaupun sudah beberapa kali menyertai MLM sebelum ini.

“Sudah Lama saya id.amkan untuk dapat pija.kkan kaki ke pentas akhir MLM dan saya berharap impian saya tercapai bersama Tobat,” Katanya.

Dalam pada masa itu, Bell berkata dia turut mengagumi Ajak dan Ropie yang masing-masing memiliki pencapaian hebat di dalam pertandingan itu.

“Memang saya lebih senior berbanding dengan mereka dalam bidang seni ini, tapi di pentas lawak saya jauh lagi daripada mereka.

“Saya tidak pernah rasa diri saya ditahap lebih tinggi daripada mereka. Itu pentas mereka dan saya cuma turut serta berkongsi.

“Jadi secara spontan, dialog yang keluar ketika rehearsal itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tol0ng bawa saya bersama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.