Baru 8 hari pantang dah kerja, Wawa Zainal dipuji hebat

Pelak0n dan usahawan popular, Wawa Zainal meng.undang perhatian warganet apabila kembali bekerja meskipun masih menjalani tempoh berpantang selepas bersalin seorang bayi lelaki pada 30 November lalu.

Menerusi satu video di laman Instagram, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilihat menggayakan dress labuh selain berkasut tumit tinggi dan memandu ke pejabat urusan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Video berdurasi 28 saat tersebut memaparkan pelakon berusia 30 tahun itu memeriksa stok produk yang baharu sekali gus bertemu dengan kakitangan dan rakan perniagaan serta stokis terlibat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan pelakon filem Sabda Kekasih itu sebagai wanita yang hebat kerana tampak aktif dan bersemangat setelah ‘berjuang’ melahirkan cahaya mata keempat. Bagaimanapun, ada juga segelintir individu menegur Wawa tidak menjaga pantang dengan sebaiknya yang mungkin boleh memberi kesan di hari tua nanti.

Komen netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.