Gmie Screen Meniggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang Bocor

Peminat industri seni dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi vokalis kumpulan Screen pada pukul 2.30 pagi Jumaat pada usia 50 tahun.

Allahyarham Gmie atau Hajimi Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Menurut anaknya, Siti Hadirah, Allahyarham mengadu kurang sihat dan hilang selera makan sejak beberapa hari lalu.

Tambahnya lagi, bapanya juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat, keadaan abah stabil dan sempat juga membuat panggilan video dengannya.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menelefon kami memaklumkan keadaan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya seperti dipetik Awani.

Jenazah akan dikebumikan di Kmapung Medan Sijangkang.

Pada awal April lalu, Gmie media melaporkan mengalami penyakit buah pinggang bocor.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.