Cintaku Ditolak, Keretamu Kubakar

Kecewa bila cintanya ditolak seorang lelaki gelandangan sanggup membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman bukit Serdang, Seri Kembangan awal pagi kelmarin.

Kejadian diketahui w4nita terbabit daripada seorang jir.an kira-kira jam 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.

“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu dita.han di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.

“Sema.kan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rek0d jenayah lampau dan hasil ujian s4ringan air kencing juga negatif,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu.

“Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.