“Arwah Pesan Sampaikan Salam Kepada Rakan-Rakan” – ‘Amanat’ Terakhir Allahyarham Gmie Buat Fuad

Pengurus kep.ada penyanyi dan vok4lis kumpulan terkenal 90-an, Gmie Screen, Fuad Misbah mengesahkan berita pemergian penyanyi itu, pada pagi semalam.

Menurut Fuad, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat peny4kit buah pinggang berlubang.

Dedah Fuad, Allahyarham sudah hampir dua tahun mengh.idap penyakit buah pinggang berlubang dan tiada sejarah penyakit yang lain.

“Sakit buah pinggang. Sudah hampir dua tahun sebenarnya arwah menghidap penyakit buah pinggang berlubang ini. Bagaimanapun, arwah tiada penyakit yang lain.

“Sebelum dihantar ke hospital, arwah mengalami peng.san di rum4h dan keluarganya terus bergegas membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Fuad berk0ngsi dia mim.pikan arwah sewaktu tidur malam semalam dengan arwah sempat menitipkan pesanan terakhir buatnya untuk disampaikan kepada orang yang dikenali.

“Sebenarnya kami tidak sempat nak berjumpa arwah, cuma saya ada mimpikan arwah.

“Dalam mimpi itu, arwah sempat menitipkan pesanan agar menyampaikan salam kepada semua rakan-rakan. Itu sahaja,” ujarnya.

Informasi terkini, Fuad memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Batu 9 Kampung Medan, Sijangkang, Selangor.

Memetik laporan Awani, anak perempuan Allahyarham, Siti Hadirah mem.beritahu bapanya kurang sihat dan hilang selera makan, beberapa hari sebelum ini.

Kemudian, arwah bapa tercintanya juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.