Tahniah! Zul Ariffin Dan Remy Ishak

FIlem seram ‘Roh’ dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31) anjuran Finas.

Filem yang diarahkan oleh Emir Ezwan itu telah berjaya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Finas dan Dana Kandungan  Digital bernilai RM500,000.

Selain dinobatkan sebagai Filem  Terbaik, ‘Roh’ juga telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Lakonan Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Rekaan Busana Terbaik, dan Skor Muzik Terbaik.

Selain itu,anugerah Pengarah Terbaik dimenangi oleh Kabir Bakhtiar menerusi filem Sangkar.

Filem Sangkar turut juga membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Zul Ariffin dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dirangkul oleh Remy Ishak.

Sinje Lee pula dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Guardian Of Evening Mist.

Filem Ejen Ali juga turut memenangi anugerah filem Box Office dan Penataan Seni Terbaik.

Para pemenang menerima trofi bersalut emas dan Sumbangan Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (Finas) dan wang tunai RM5,000.

Selain itu, anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dimenangi oleh Fauziah Nawi.

FFM31 dihoskan oleh Awal Ashari dan Sharifah Shahirah yang disiarkan secara langsung menerusi siaran TV2 dan Youtube Finas Malaysia.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Haqiem Rusli, Jacklyn Victor, Liza Hanim, Ella dan ramai lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.