Modal Sederhana Tapi Memberi Impak Yang luar Biasa

Karya ilham menerusi filem klasik Jepun, Onibaba dan berlatarbelakangkan kisah zaman dahulu di pinggir hutan mengangkat Roh sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam kelmarin.

Kemenangan filem seram indie arahan Emir Ezwan dan terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd itu melayakkannya membawa pulang trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 dengan mematuhi garis panduan sedia ada berkuat kuasa bagi tatacara permohonan DKD.

Bukan sesuatu mengejutkan apabila Roh dijulang sebagai Filem Terbaik apabila pernah mewakili Malaysia bagi penilaian Anugerah Akademi Ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa pada April lalu.

Filem lakonan Nam Ron, Farah Ahmad, Junainah M Lojong, Mhia Farhana, Putri Qaseh dan Harith Haziq itu pernah menyertai pelbagai festival filem antarabangsa termasuk Festival Filem TOHorror Fantastic Itali, Festival Filem Antarabangsa Singapura, Festival Filem Jogja-NETPAC Asia, Festival Filem Udine Far East dan Festival Filem New York Asia.

Penerbit Eksekutif, Amir Muhammad tidak menyangka filem berbajet RM360,000 itu berjaya memenangi hadiah utama dan menarik perhatian juri profesional.

“Saya mewakili Kuman Pictures terharu apabila filem kecil ini dipilih. Sebenarnya, filem Roh berbajet rendah daripada RM500,000, jadi bagaikan menyuntik semangat apabila mendapat pengiktirafan ini.

“Falsafah Kuman Pictures, kami tidak buat filem mahal. Kami hanya menjayakan naskhah biaya rendah, tidak ramai pelakon dan tidak menggunakan banyak lokasi.

“Bagi saya, semakin tinggi bajet, semakin berhati-hati pihak produksi. Jadi, dengan bajet rendah, ia menjadikan semua pihak lebih bebas untuk berkarya.

“Saya sudah 10 tahun tidak menghasilkan filem. Apabila memulakan Kuman Pictures pada 2018, saya mahu mengembalikan filem indie, iaitu ia dibuat secara mandiri dan kebebasan diberikan kepada pengarah.

“Pengarah adalah kuasa paling kreatif dalam sesebuah karya. Dan pemilihan pelakon dibuat atas dasar mereka boleh berlakon, bukan mempunyai jutaan pengikut dalam laman sosial,” katanya kepada BH Online.

Hanya berbajet serendah RM360,000, filem Roh menjalani penggambaran dalam tempoh 15 hari di sebuah lokasi rimba di Dengkil, Selangor dengan hanya menampilkan enam pelakon, Nam Ron, Farah, Junainah, Farhana, Putri Qaseh dan Harith.

Justeru, Amir menyifatkan kejayaan filem Roh adalah pada kreativiti sutradara, Emir yang di luar daripada kebiasaan.

“Apa yang dilihat menerusi Roh adalah hasil imaginasi Emir sendiri. Kami tidak masuk campur dalam kreativitinya. Bagi saya, setiap pengarah digalakkan bermain dalam tamannya sendiri.

“Imaginasi dan keupayaan Emir mengawal aspek seni juga menjadi Roh. Cont0hnya, dari segi kajian mengenai pakaian. Semuanya bermula dengan krea.tiviti Emir, dia pergi ke muzium dan arkib mencari baju yang dipakai pada kurun 19. Jadi keunikan datang dari imaginasinya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, sebelum menempuh kejayaan itu, Amir mengakui, dia melalui cabaran apabila ada pihak meletakkan persepsi negatif terhadap karyanya itu.

Tidak mengendahkan perkara itu, Amir gembira dapat membuktikan karya berbeza mempunyai nilai tersendiri.

“Apabila mula memasarkan Roh, kami bertemu beberapa pengedar. Ada pengedar menga.takan orang tidak suka sebab tak faham mengenai fil.em ini. Ada juga kata Roh akan diharamkan sebab berkait dengan akidah dan sebagainya.

“Namun, ramai pula suka walaupun bukan semua apa.bila Roh ditayangkan. Ini menunjukkan jika kita memberi variasi dan kepelbagaian kepada penonton, kita harus percaya penonton akan menyambut dengan baik.

“Jadi, jangan pandang rendah dengan selera penonton. Filem ini juga ditayangkan di Amerika Syarikat, namun, tiada satu ulasan yang mengatakan filem ini mengajar nilai Islam.

“Mereka melihat secara universal, di mana setiap orang ada ketakutan dalam diri. Jadi, interpretasi terhadap filem ini agak terbuka,” katanya.

Roh juga dikatakan menjadikan filem dari Jerman berjudul Funny Games sebagai salah satu inspirasi.

Mengulas perancangan memanfaatkan hadiah utama RM500,000 yang dibawa pulang, Amir berkata, dia akan bekerjasama dengan Emir menghasilkan filem seterusnya.

“Saya akan bekerjasama dengan Emir. Kami mahu sebuah lagi karya daripadanya. Pada masa sama, saya sedang menjalankan pertandingan penulisan skrip dalam laman Facebook.

“Karya pemenang pertandingan penulisan skrip ini akan difilemkan. Tarikh akhir pertandingan pada Mei ini, insya-Allah saya dan Emir memilih pemenang sebelum menghasilkan filem,” katanya.

Selain pengiktirafan tertinggi itu, Roh turut mencipta kegemilangan membawa pulang trofi Lakon Layar Terbaik.

Terajunya, Junainah turut diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Terbaik, manakala Putri Qaseh berjaya menjulang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Terdahulu, R0h juga meme.nangi kategori Reka4n Busana Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Bersaing empat filem hebat iaitu Fly By Night, Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Geran, karya itu mengangkat kisah satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan.

Mereka didatangi tetamu tidak diundang iaitu kanak-kanak perempuan yang memberi ramalan ngeri. Pelbagai peristiwa mistik berlaku selepas itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.