Hafiz Mahamad tidak dapat pulang ke semenanjung

Hari selasa yang lalu, usahawan terkenal Hafiz Mahamad telah menaja 100 tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak bagi membantu mereka yang mengalami masalah kewangan yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk pulang ke kampung.

Dalam satu posting beliau semalam di laman instagramnya, dia menceritakan bahawa pada hari tersebut Hafiz sepatutnya pulang ke semenanjung kerana misi bantuan di Sabah sudah selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Harini sepatutnya saya balik ke KL, tapi saya kena quarantine di Sandakan, Sabah sebab #positivecovid.

“Harini dh excited nk balik ke KL sebab misi bantuan di Sabah ni dh selesai. Tak sabar nk jumpa Anak & Isteri, ingat nk bawa mereka berjalan. Rindu sangat mereka.

Menurut Hafiz, sebelum dia ke Sabah untuk bantuan atau nak uruskan mana-mana kerja dia kerap membuat swab dan bawa sekali ‘kit test’ dan resultnya ‘negative’.

“Ya Allah, semalam (Sabtu) saya demam teruk. Ingatkan demam sebab hujan, sebab sini hujan tak berhenti. Saya mmg kerap kena hujan bila buat kerja dekat sini.

“Bila saya demam semalam, saya decide untuk batalkan flight saya & check guna kit test.

“Ya Allah, bila naik 2 line semalam. Panik sekejap sebab saya demam & hilang deria rasa. InsyaAllah, doakan saya semua ya.

Tambahnya lagi, Hafiz tidak untuk turun bersama meneruskan misi untuk mereka yang akan pulang ke Sarawak minggu hadapan.

“Untuk sahabat yg nak balik Sarawak next week, minta maaf saya tak boleh turun untuk misi tu. Nanti team saya bantu awak ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kesejahteraan Hafiz untuk cepat sembuh daripada wabak covid-19 ini dan dapat meneruskan lagi misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Komen Netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.