Menghargai jasa baik sahabat Ajak dan Ropie. Bell juga tidak melupakan Shuk Sahar

Minggu lalu ramai yang rasa sebak menerusi ayat yang oleh diucapkan Bell Ngasri, 41, pada pementasan Maharaja LawaK Mega 2021 (MLM21) membuatkan beliau terharu dengan kata-kata semangat yang diterima.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, beliau juga tidak sangka minggu ini ramai yang masih terkesan dengan ayat-ayat yang dilontarkannya pada minggu lalu.

“Minggu ini minggu yang penuh dengan cerita pasal saya dan tak lupa kumpulan Tobat. Apa pun, terima kasih kepada semua pihak media yang sudi berkongsi cerita kami dengan masyarakat.

Menurut Bell, dia dan ahli kumpulan Tobat (Ajak dan Ropie) menengok kembali persembahan-persembahan mereka yang lepas untuk mereka memperbaiki kelemahan-kelemahan supaya dapat memberikan mutu persembahan yang baik pada setiap minggu.

Katanya lagi, Bell sangat berterima kasih dan tidak melupakan jasa sahabatnya, Ajak dan Ropie. Dia juga tidak melupakan ahli asal kumpulan Tobat, Shuk Sahar kerana Bell percaya Shuk sentiasa bersama-sama dalam MLM2021 ini.

Terdahulu, pada ming.gu kelapan MLM2021, Bell menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian telah mel0ntarkan dialog ber.bunyi ‘Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun’.

Selain itu, satu lagi dialog Bell yang turut menyentuh hati banyak pihak ialah apabila dia menyebut ‘Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi’.

Tambah Bell lagi, Dia berharap agar pengikut dan peminat sentiasa terus hadir dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya dan kumpula Tobat.

“Saya harap adalah yang suka dan minat dan paling penting, naklah mengundi kami. Kumpulan ini kerdil macam saya juga. Tapi naklah juga merasa setaraf dengan kumpulan-kumpulan terbaik yang ada di pentas MLM ini.

“Apa pun, kepada semua, terima kasih daun keladi,”katanya.

All the best kumpulan Tobat dan juga kepada kumpulan-kumpulan yang lain yang akan beraksi di pentas akhir pada Jumaat ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.