Datuk Ramli MS memberi pujian kerana keberaniannya

Datuk Ramli MS yang merupakan maestro terkemuka tanah air, memuji keberanian yang ditunjukkan oleh cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob yang tekad untuk berjuang dalam program realiti Gegar Vaganza musim ke lapan ini meskipun tersingkir di minggu ke empat.

Diumumkan tersingkir pada malam tadi, Datuk Ramli bagaimanapun melihat Fazley memiliki daya usaha yang tinggi untuk memberikan persembahan yang terbaik mengikut daya keupayaannya dalam bidang nyanyian.

“Apa yang boleh saya katakan, dia tekad dan keberaniannya untuk masuk program ini juga membuatkan saya kagum dan tabik hormat pada dia.

“Dia berani, walaupun dia mungkin tahu dirinya berisiko untuk terkeluar awal. Saya pun tak rasa dia nak popular sebab dia dah ada platform lain. Tapi dia nak menyanyi, tak apa. Saya kagum,”katanya.

Ulas Datuk Ramli, juara Mastercef Selebriti Malaysia 2012 itu kehilangan banyak markah dari segi vokal menerusi persembahan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan.

Secara keseluruhannya, Datuk fazley berjaya mengumpul 50% hanya kurang 0.5% daripada Upiak Isil penyanyi yang berasaal dari Indonesia.

Kata Datuk Ramli MS, markah kreativiti persembahan 20% dan 80% adalah untuk markah vokal. Datuk Fazley kehilangan banyak markah pada vokalnya.

“Jika tengok pada kreativiti, ia duduk dalam persembahan iaitu cuma 20 peratus. Vokal 80 peratus dan hilang banyak markah pada vokal.

“Kadang-kala walau dapat markah tinggi dari segi persembahan pentas, ia tidak membantu.

“Tapi secara matematiknya, markah vokal lagi tinggi jika dibandingkan dengan persembahan pentas. Sepatutnya aspek itu dijaga,” ujarnya lagi.

Konsert Gegar Vaganza minggu ke empat yang berlangsung malam tadi, menyaksikan Adibah Noor menduduki tempat pertama dengan kutipan markah 78.1% yang menyanyikan lagu Jika (Melly Goeslow dan Ari Lasso) dalam rendisi keroncong merangkul.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.