Tidak tahu puncanya daripada mana – Datin Marlia

Berikutan kes Covid-19 kian meningkat, penyanyi dan komposer tersohor tanah air, Datuk M Nasir kini menjalani proses kuarantin kendiri di rumahnya selepas dia disahkan positif C0vid-19.

Ketika dihubungi oleh BH Online, Datin Marlia Musa mengesahkan berita sedih itu.

” Ya benar, Datuk M Nasir positif C0vid-19 dan sedang berehat serta menjalani proses kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Datin Marlia turut mengkongsikan bahawa suaminya dikesan dijangkiti virus itu selepas menjalani ujian sebanyaj dua kali.

Oleh disebabkan itu, Datin Marlia serta anaknya, Suci Musalmah turut melakukan ujian dan keputusannya negatif.

“Kami selalu buat kit ujian kendiri COVID-19 di rumah. Suami melakukan ujian kerana secara kebetulan, sepatutnya berada program di Pesta Buku Selangor, semalam.

“Ujiannya positif. Kami terus buat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan keputusannya pagi ini turut positif. Bagaimanapun, saya, anak dan pembantu rumah bebas COVID-19.

Kata Datin Marlia, mereka tetap menjalani proses kuarantin kendiri di rumah kerana menjadi kontak rapat dengan suaminya.

Tambahnya lagi, Dia sendiri tidak tahu suaminya dijangkiti virus itu berpunca daripada mana.

“Tak tahulah dari mana suami dapat virus ini,” katanya.

Ekoran itu, Marlia berharap orang ramai mendoakan kesembuhan buat suaminya.

“Insya-Allah, doakan kesembuhan suami dengan segera,” katanya.

Namun, menurut tinjauan BH, Datuk M Nasir mahupun Datin Marlia Musa tidak berkongsikan mengenai jangkitan virus itu di laman media sosial mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.