Kerana mangsa menegur rakan tercetus punca buli, 10 Pelajar MRSM ditamatkan pengajian

Seramai 10 orang pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala kangsar telah ditamatkan pengajian yang berkuatkuasa semalam (14.12.2021) kerana terbabit dengan kes buli baru-baru ini.

Memetik lap0ran Harian Metro, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, penamatan pengajian mereka diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) selepas meneliti kes itu.

Kejadian kes buli dipandang serius oleh pihak MARA dan hukuman yang diputuskan itu menunjukkan ketegasan pihaknya yang tidak berkompromi dengan sebarang salah laku demikian di ba.wah mana-mana institusi pendidikan Mara.

“Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Ibu bapa pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan dibuat jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini (semalam).

Selain itu, siasatan polis mendapati punca berlakunya kes buli itu adalah disebabkan tindakan mangsa yang menegur seorang daripada suspek untuk berhenti men0nton video lucah.

“Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit.

“Mangsa mengatakan kalau tidak berhenti menonton video lucah dia akan mengadu dengan guru atau warden.

“Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa,” katanya.

Tambah Mior, keadaan itu membuat enam suspek marah dan terdapat seorang pelajar Tingkatan 3 yang mengarahkan enam orang suspek untuk memukul mangsa.

“Pelajar Tingkatan 3 berusia 15 tahun iaitu salah seorang suspek yang ditahan mengarahkan enam suspek untuk menumbuk dan juga menendang mangsa,” katanya.

 

Sumber: HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:  Xtra.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.