
Selebriti media sosial Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah mengkongsikan yang dia kini dirawat di sebuah hospital di kampung halamannya, Cheltenham, Glouscestershire.
Menerusi muat naik video di laman instagramnya, Mat Dan pergi ke hospital kerana mengalami muntah-muntah selama dua hari tanpa henti.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, saya Mat Dan, quick update pasal saya. Sekarang saya sedang dirawat di hospital di kampung halaman saya di UK.
“Muntah dua hari non-stop. Telefon ambulans tapi tidak datang ambil saya. Jadi saya serah diri sendiri ke hospital. Selepas tunggu dua hingga tiga jam, mereka terus ambil darah, buat CT scan Insya Allah doa yang baik-baik untuk saya,” Katanya
Dalama pada masa itu, Mat Dan juga turut memberitahu yang dia tidak dijangkiti virus COVID_19.
Menerusi ruangan komen, terdapat juga rakan-rakan artis seperti Adam Corrie dan selebriti media sosial seperti Syafiq Farhain memberikan komen yang positif serta mendoakan semoga Mat Dan cepat sembuh.
Selain itu, Pencetus Ummah (PU) Amin juga mendoakan semoga rakannya yang pernah bergandingan bersama menerusi rancangan Haramain Backpackers itu supaya lekas sembuh.
Komen Netizen:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Gempak
Leave a Reply