Long Tiger Lolos Dari L0kap

Orang ramai diminta tampil untuk membantu pihak polis bagi mengesan lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid,33 tahun yang lebih dikenali sebagai Long Tiger, selepas berjaya meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret Tangkak di sini, hari ini.

Menerusi keterangan Ketua Polis Daerah Berani betul si Long Tiger ni, warga-warga Johor yang mempunyai maklumat boleh lah menyalurkan bantuan kasi tangkap balik Long Tiger tu
http://www.lubukmaklumat.com/2021/12/15/long-tiger-lolos-dari-l0kap/, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, p0lis kini sedang melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha untuk mengesan suspek yang telah melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan seorang lelaki melarikan diri dari lokap dengan keadaan tangan bergari.

Dalam kejadian itu, suspek memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan.

“Abd Hamim dibawa ke mahkamah berkenaan bagi prosiding mengikut Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang selepas dibawa dari penjara Sungai Udang, Melaka di sini, semalam.

“Alamat terakhirnya, No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Kami tidak akan berkompromi serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota polis jika siasatan mendapati terdapat unsur kecuaian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh lah menyalurkannya kepada mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berdekatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.