Pusat mengaji percuma tenggelam dan ternakan ikan talapia dan ayam 10,000 kg tidak dapat diselamatkan. – “ini ujian besar kami, Allah nak beri yang lebih baik dan angkat darjat kami”

Hujan lebat yang berterusan yang melanda seluruh negara beberapa hari yang lalu menyebabkan beberapa kawasan telah ditenggelami air.

Situasi ini sudah semestinya menimbulkan kesulitan kepada mereka-mereka yang terlibat dan terjejas.

Namun amat menyedihkan lagi apabila, mereka yang terjejas dengan musibah banjir ini terpaksa menanggung kerugian bukan sedikit ekoran daripada kemusnahan harta benda.

Tidak terkecuali, Seorang guru mengaji, Mohd Sofee Mustafa,39 yang turut diuji apabila pusat mengaji Al-Quran yang didirikannya, Geng Ngaji yang terletak di Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan hampir musnah kerana ditenggelami air.

“Sejak ditu.buhkan secara rasmi pada 2018, saya kira inilah ujian besar untuk kami. Seolah-olah kena mula semula dari zero,” itu yang mampu diulaskan oleh Ustaz Mohd Sofee Mustafa.

Seperti yang dipetik mStar, Mohd Sofee berkata, banjir pada kali ini disifatkan sebagai ben.cana terbu.ruk di kawasan tersebut sejak berpuluh tahun dahulu.

“Geng Ngaji bukan sahaja menempatkan pusat mengaji untuk orang tempatan secara percuma, tetapi di tanah pusaka milik keluarga, saya ada buat kolam ikan, bina gerai dan menternak ayam.

“Aktiviti tersebut bukan sahaja untuk buat ‘rolling’ perbelanjaan pusat mengaji, tetapi pr0jek ini nak bantu penduduk kampung dari segi ekonomi. Saya dan isteri nak buat sesuatu untuk contribute kepada orang kampung selepas pulang dari Jordan dan Mesir.

Menurut Mohd Sofee lagi, benc.ana kali ini menyeb4bkan kebanyakan perabot dan peralatan di pusat mengaji itu r0sak teruk.

Namun apa yang lebih menyedi.hkan, ternakan ikan dan ayamnya tidak dapat diselamatkan, sekali gus menyeb4bkan ker.ugian yang ditanggung agak besar.

“10,000 kilogram (kg) stok ikan talapia terlepas sebab air memenuhi kolam. Ayam pula lebih 200 ekor semua m4ti… tak ada yang dapat disela.matkan. Sekali dengan guni dedak mu.snah,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir ini.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana begitu ramai pihak yang turun padang menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan ‘berkampung’ di pusat mengaji miliknya sejak hari pertama dilanda musib4h.

“Alhamdulillah belia kampung ni memang standby dari hari pertama… ramai turun padang malah sampai sekarang berkampung untuk bantu.

“Selain belia, ada NGO yang hantar team untuk bantu kami. Alhamdulillah, terima kasih kepada orang kampung, NGO dan pihak yang sumb.angkan tenaga.

“Walaupun sed1h dengan apa yang berlaku kerana boleh kata hampir ‘total lost’, namun bagi saya, uj.ian ni Allah turunkan kerana Dia nak beri lebih baik daripada dulu dan Dia nak angkat darjat kita.

“Bersikap positif dan pandang ke depan. Kami akan bangkit kembali nanti. Buat masa ini kami nak tumpu usaha selamatkan apa yang ada, dan kemudian kita akan duduk melihat jumlah keru.gian dan perancangan seterusnya.

“Buat semua, doakan supaya usaha kami ini terus berkembang dan terus berjalan ke depan,” katanya lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan, boleh menghubungi Mohd Sofee di talian 019-619 1930.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.