Menutur Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan Amaran Hujan Berterusan di lapan negeri.
Kata Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
“Keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangkakan bertambah baik.
“Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan pada 11.30 pagi, 19 Disember 2021 untuk negeri-negeri berkenaan dengan ini ditamatkan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.
Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Katanya, talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: BH
Leave a Reply