Lebuhraya Kemuning-Shah Alam telah dibuka semula

Laluan di lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di kedua-dua arah kilometer 4,1 telah dibuka semula kepada pengguna lebuh raya yang bermula pada pkul 5,39 pagi tadi selepas ditutup akibat banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam.

Memetik daripada laporan Harian Metro, syarikat pengendali lebuh raya berkenaan, Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd, mengatakan bagaimanapun memaklumkan bahawa laluan di susur  masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan Susur masuk ke laluan utama menuju ke Kota Kemuning masih lagi ditutup.

“Laluan itu hanya akan dibuka semula selepas kerja pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

LKSA turut menempatkan pasukan peronda bagi membantu memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar.

Pengguna juga dinasihatkan untuk mematuhi segala papan tanda amaran serta arahan pihak berkuasa yang berada di kawasan itu.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat kemas kini mengenai status trafik melalui sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS), platform media sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan laman Facebook PROLINTAS Highways atau boleh hubungi talian bebas tol 1-3009-82801.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.