Rumah Ebby Yus dihanyut,kan air

Sedih apabila mahligai yang dibina oleh pelawak tanah air, Ebby Yus hasil daripada titik peluh lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni, musnah apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir du Kuala Langat, Selangor kelmarin.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air deras yang mengakibatkan Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Memetik daripada BH, Ebby Yus menceritakan dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses-prosses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari pada hari sabtu.

“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam (Sabtu).

“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.

Ebby Yus berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia jatuh sakit selain sekatan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.