MetMalaysia memberi ramalan ‘Ribut Petir’ di beberapa kawasan esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan bahawa akan berlaku ribut petir di beberapa tempat di semenanjung iaitu Perak dan di pantai di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, pagi esok.

Dalam pada masa itu, hujan juga dijangka berlaku di beberapa kawasan pantai di Selangor dan Johor.

Menurut Met Malaysia, tiada hujan di Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Sementara itu, hujan dijangka berlaku pagi esok di beberapa tempat di Kudat, manakala tiada hujan dijangka di kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan di Sabah, Labuan serta di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pada tengah hari tadi, Met Malaysiaa mengjangkakan ribut petir berlaku di beberapa tempat di kawasan pendalaman Kedah dan di beberapa tempat di Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta satu dua tempat di kawasan pendalaman Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Jabatan Meteorologi juga meramalkan hujan berlaku di satu dua tempat fi Terengganu dan kawasan pendalaman Perak, manakala tiada hujan di Putrajaya dan Melaka.

MET Malaysia juga menjangkakan ribut petir berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan di Sabah di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak pada tengah hari esok, dan tiada hujan di Tawau, Kudat dan Labuan serta di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak.

Ribut petir juga dijangka berlaku pada sebelah petang di satu, dua tempat di Perlis dan Pulau Pinang dan pedalaman Kedah dengan hujan di beberapa tempat di Terengganu dan Pahang serta di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Tiada hujan dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Pada masa sama, hujan dijangka berlaku petang esok di satu dua tempat di pedalaman Sabah dan Kudat serta Labuan dan tiada hujan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Tawau dan Sandakan.

Hujan juga dijangka berlaku di satu dua tempat di Miri dan Limbang, manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.