Dapat dilihat ketika ini orang awam serta pihak-pihak NGO telah berganding bahu bersama untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi ujian.
Tak kurang juga para-para selebriti turut bersama turun ke lokasi-lokasi yang mengalami bencana banjir untuk menyampaikan bantuan serta pertolongan agar beban mangsa-mangsa banjir dapat diringankan.
Antara rakan artis yang turut memberikan bantuan ialah penyanyi muda, Ismail Izani apabila membawa barangan keperluan dan mengedarkan kepada penduduk di sekitar kawasan Taman Sri Nading, Hulu Langat, Selangor yang terjejas akibat banjir.
View this post on Instagram
Namun, dalam salah satu perkongsian selebriti tersebut, di Instastorynya, dia sempat memuat naik video penduduk Taman Sri Nading sedang membersihkan rumah selepas banjir surut.
Penemuan yang amat menyedihkan dikongsi oleh Ismail Izani ketika sedang memberi di kawasan Taman Sri Nading adalah penemuan beberapa ekor kucing milik tuan rumah mati kerana lemas selepas gagal untuk menyelamatkan diri.
Perkara tersebut amat menyedihkan lebih-lebih lagi mati disebabkan bencana alam. Pemilik rumah juga dilihat sedang membersihkan sangkar kucing dan dalam proses menanam bangkai-bangkai si bulu itu.
Ketika ini, Ismail Izzani dan teamnya masih giat memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Selaongor.
Tindakan murni yang dilakukan telah mendapat pujian ramai dan berterima kasih kerana sama-sama turun padang untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.
Sumber: Instagram Ismail Izani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: ohmymedia
Leave a Reply