Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan insiden pecah masuk ke premis gedung besar, Mydin demi kelangsungan hidup
Memetik dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri itu, namun dalam keadaan darurat begini mungkin mangsa banjir tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan perbuatan sebegitu.
“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat diperkatakan oleh pihak media sama ada di media sosial mahu pun media tempatan.
“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri itu, namun dalam keadaan masyarakat yang darurat akibat bencana banjir ini mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup mereka.
“Dengan seikhlas hati sy menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang lambat tiba dan bbukan niat yang sebaliknya,” jelas Ameer.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Awani
Leave a Reply