Umum mengetahui, penyanyi Ernie Zakri kini sedang sarat mengandung anak pertama iaitu kandungannya sudah memasuki usia kandungan tujuh bulan.
Terbaru, menerusi insta story Ernie, 29 kelihatan turut turun padang bersama suaminya, penyanyi Syamel bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk sejak sabtu lalu.
Dalam pada masa itu, Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menghantar barangan keperluan dan bekalan makanan di beberapa kawsan di Shah Alam, Selangor dengan menaiki lori.
View this post on Instagram
“Terima kasih izinkan saya ikut kam, shurami (suami)! Pengalaman naik lori. Sampai bayi dalam perut bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini memuji dengan keprihatinan pelantun lagu Gundah itu biarpun sedang berbadan dua.
Selain itu, ada juga peminta mengingatkan Ernie supaya lebih berhati-hati serta menjaga diri dan kandungan.
Komen Netizen:
Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.
Terdahulu, negara sekali lagi diuji dengan hujan lebat yang berterusan selama dua hari mengakibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir teruk.
Sumber: Instagram @erniezakri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Ohbulan.com
Leave a Reply